Thursday, October 31, 2013

Roti Jala & Kari Ayam sebagai Juadah Minum Petang

Masa nak keluar pergi ke school pagi tadi saya terbau yang sangat enak di dapur. Tatkala menjenguk ke dapur, saya lihat ibu kesayangan sedang memasak sesuatu. Kari ayam rupanya. Ibu memasaknya untuk dihidangkan kepada abang kedua saya yang akan datang menziarah ibu tengah hari nanti. Kari ayam dimakan bersama nasi panas, memang sedap. Lebih sedap kalau dijadikan sebagai pencecah roti jala.

Pulang saja dari school, saya terus singgah ke kedai untuk membeli bahan-bahan untuk dibuat roti jala. Seumur hidup saya, ini lah pertama kali saya mencuba untuk membuat sendiri roti jala. Sebelum ni, tahu makan jelah. Hehehe.. Bahan-bahan dan cara-cara menyediakan roti jala pun saya perlu cari di Internet. Cari punya cari, sampailah saya terjumpa resepi yang menarik hati saya di blog Azie Kitchen. Macam-macam resepi yang menarik ada di blog Kak Azie ni. Terliur saya dibuatnya.

Selepas Asar, bermulalah aktiviti saya membuat roti jala. Hidangan yang paling mudah dan simple kata orang tapi agak mencabar bagi saya yang sememangnya tidak pandai dalam masak-memasak ni. Di sini saya kongsikan resepi yang saya ambik dari blog Azie Kitchen.

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna 1 cawan susu cair + 2 cawan air)

Cara-cara:
1) Blendkan semua bahan hingga sebati.

2) Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

3) Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Hasilnya...tadaaa...

Roti Jala


Kari ayam (potong isinya kecik2 supaya senang nk cicah)



No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen-komen kalian. Selalulah menjenguk saya di sini..