Sunday, October 27, 2013

Jalan-jalan K.L.

Pearl International Hotel
Awal bulan Oktober haritu saya ada conference di Pearl International Hotel, K.L. Saya ajak hubby bersama dan kami bawa sekali puteri kami Damia Hana. Oleh kerana kami ni jarang-jarang ke K.L, jadi kami tak tahu keadaan sekitar hotel tersebut. Perjalanan kami dibantu sepenuhnya oleh cik GPS.

Kalau tak silap saya, Pearl International Hotel ni bertaraf 4 bintang. Hotel ni terletak dalam shopping complex, Pearl Point Shopping Mall. Kami bertolak dari Penang hari Jumaat (4 Okt.). Presentation saya dijadualkan pada petang keesokan harinya. So, adalah masa sikit untuk saya berehat dan prepare apa yang patut.

Oleh kerana guna pakej conference, kami dapatlah rate yang lebih murah untuk bilik Deluxe iaitu RM240/night termasuk breakfast untuk 2 orang. Murah tak murah sangatlah... hehehe... Kami dapat bilik di tingkat 22 (tinggi sungguh). Biliknya memang sangat selesa dan cantik. Bathroom pula siap dilengkapi dengan bath tub. Tapi sayang sekali kami terlupa nak snap gambar keadaan bilik tu. Bukan apa, masuk ja ke dalam bilik, Damia terus melompat atas katil, habis ditariknya kain selimut dan bantal.

Hari Kedua (5 Okt)

Oleh kerana malam tu Damia tidur agak lewat, seronok bermain kat tempat baru. Habis 1 bilik dia tawaf. So, pagi tu susahlah dia nak bangun. Saya turun breakfast sorang jelah. Lagipun, saya kena attend conference yang start pada pukul 9 pagi. Hidangan breakfast tak menepati selera saya dan pilihan juga agak terhad. Mulanya saya bercadang selepas saya selesai breakfast, saya akan naik temankan Damia & hubby pula akan turun breakfast. Memandangkan hidangannya tak begitu menyelerakan, saya syorkan pada hubby supaya pergi breakfast di luar sahaja.

Selesai conference pada petang itu (dalam pukul 5 lebih), kami pun bersiap-siap untuk keluar ke Kajang. Dari Penang lagi, hubby dah plan nk cari Satay Kajang. Nasib ada cik GPS penunjuk jalan. Tak jauh rupanya tapi memandangkan kami yang tak tahu selok belok jalan kat sini, memang boleh sesat dibuatnya. Dah bertahun rasanya saya tak merasa Satay Kajang yang famous ni. Seronok sangat dapat makan siap tapau bawak balik ke hotel lagi.

Hari Ketiga (6 Okt)

Pagi tu memang saya bangun awal & bersiap-siap barang untuk check out nanti. Kejutkan Damia & bagitau dia yang kami nak naik train. Terus besar dia bukak mata bila dengar perkataan train. Excited la tu..hehehe.. Selesai check out, kami terus ke Sungai Besi. Sebenarnya, kami baru sedar yang rumah MakSu rupanya dekat sangat dengan hotel tempat kami menginap. Itupun masa on the way nak ke Satay Kajang, kebetulan kami lalu depan kawasan perumahan MakSu. Kelakar pun ada. Boleh tak tahu yang hotel kami menginap ni dekat dengan rumah MakSu. Jadi, kami pun plan nak singgah rumah MakSu sebelum naik train.

Damia & abah sebelum naik LRT
Kami naik LRT ke Masjid Jamek. Then gi jalan-jalan kat Masjid India & Jalan TAR. Tak shopping apa pun..orang ramai sangat, maklumlah dah dekat nak Raya Haji. Saya ni, kurang selesa kalau ke tempat yang sesak dengan orang ni, memang tak reti lah nak membeli..tak boleh nak concentrate nak memilih..hehhehe..

Lepas Zuhur pulak, kami terus ke i-city Shah Alam. Plan nak masuk snowalk & tengok lampu. Damia la yang paling excited bila bagitau dia nak pegi main salji & tengok lampu. Kami sampai di counter Snowalk tu pukul 6.05..aduhai..tiket yang asalnya RM25 untuk adult dah jadi RM35. Kanak-kanak pulak kena ikut ketinggian, below 90cm FOC. Bila ukur Damia, lebih sikit je + tapak sandal dia pun agak tebal. Tak boleh kompromi langsung..kena lah bayar RM30. Bila dah masuk dalam, dapat sweater sorang 1, tapi kasut kena sewa. Memandangkan saya dan hubby dah pakai kasut, kami sewa boot untuk Damia saja, RM10.

Damia & ibu

Damia & abah
Keluar dari snowalk dah Magrib dah. Lepas solat kat surau yang disediakan kat dalam tu, kami terus pegi jalan-jalan kat dataran nak tengok lampu. Cantik tapi macam banyak lagi benda yang tak siap kat situ. Sempatlah kami snap beberapa keping gambar.

Cantik kan? Macam real je..

Tak berani kami nak naik yang ini..gayat..

Damia & abah
Kami keluar dari i-city dalam pkul 9 lebih & terus bertolak balik ke Penang. Rasa tak puas sebenarnya jalan-jalan kat i-city ni sebab banyak lagi tempat yang kami tak masuk mcm Red Carpet, Muzium, Water World, etc. Ada rezeki nanti kami datang lagi..InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen-komen kalian. Selalulah menjenguk saya di sini..